Alhamdulillah..
Saat yang ditunggu telah tiba. Keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan telah pun diumumkan. Aku?
Aku telah ditawarkan latihan Penolong Pegawai Perubatan. Aku bersyukur kerana Allah swt telah memberikan aku kesempatan kedua untuk mengubah kehidupan aku setelah aku gagal sebelum ini.
Bukan cerita itu yang aku ingin sampaikan. Aku ingin berkongsi pengalaman aku ditemuduga di Pusat Temuduga SPA, semoga perkongsian dapat memberikan manfaat dan membantu saudara-saudari dalam temuduga.
21/4/16
Aku telah sampai di Ipoh sehari sebelum temuduga. Aku menginap di DWJ Hotel di Greentown Ipoh. Sahabat lama yang juga bekas rakan sebilik ketika belajar di Kolej Matrikulasi Perakmenjadi peneman aku. Terima kasih Faiz Zamir.
8.30 pagi
Bersiap sedia untuk dipanggil. Fail dan dokumen disusun rapi. Ketika ini perasaan cuak mula menyelubungi. Ini disebabakan aku tidak menyediakan resume. Aku pasrah dan redha. Jadi kesempatan temuduga ini aku akan buat sebaik mungkin. Allah
Nombor giliran dipanggil. Cuak berdebar semuanya bersatu.
Pintu diketuk.
'Assalamualaikum dan selamat pagi'
senyuman manis aku lemparkan.
Berjalan dengan oenuh yakin ke arah 2 orang panel temuduga. kedua-duanya perempuan. Pengerusi tersebut seorang berbangsa India manakala seorang lagi berbangsa Melayu. Masing-masing nampak ceria.
Fail dihulurkan denga penuh tertib Aku dipersilakan duduk.
Wakil SPA: Mohanad Firdaus lepas SPM kamu buat apa?
Saya: Selepas SPM saya melanjutkan pelajaran diperingkat matrikulasi selama setahun.
Wakil SPA: Kamu berasal dari Taiping?
Saya: bla..bla..bla..
Wakil SPA: Kenapa kamu datang awal sebelum. Boleh je kan kamu datang pagi tadi. Taiping tak jauh pun..
Saya: bla..bla.. bla..
Wakil SPA: Kamu cakap kamu pernah belajar di UM dan berhenti. kenpa kamu berhenti.
Saya: bla..bla..bla..
Wakil SPA: Boleh kamu terangkan kenapa pelajar matrikulasi akan menghadapi masalah di Universiti?
Wakil SPA: Kamu telah memohon Jawatan Juruteknologi makmal lerubatan sebagai pilihan pertama. Jika sekiranya kami tawarkan latihan lain kamu sanggup?
Saya: Bla..bla..blaa
Wakil SPA: Could you tell me. Your strenght and weakness in english.
Saya: bla..bla..bla..
Wakil KKM: Mohamd Firdaus Saya rasa kamu telah pun membaca deskripsi tugas di SPA. Jadi boleh kamu terangkan apakah peranan Penolong Pegawai Perubatan.
Saya: bla..bla..bla..
Wakil SPA: Awak merokok?
Saya: bla..bla..bla..
Wakil SPA: Ayah awak?
Saya: bla..bla..bla
Wakil SPA: Itu sahaja. Terima kasih.
Sunday, 22 May 2016
Temuduga Latihan Separa Perubatan 2016
Firdaus
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment