"Kau nama apa?"
"Firdaus, panggil Daus je"
"hmmm.. kau dari mana? maksud aku lepasan mana? asasi, matrik or STPM?
"Aku dari matrik, Matrik Perak"
"Matrik perak? jadi kau kenal aizat lutfi??"
"of coz la kenal"
Itu lah bait2 dialog yang aku masih ingat dengan arwah Zaman Ismail. Dia menghempuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi aapendiks yang dihadapinya. Kenangan aku bersama arwah cukup banyak. Pahit manis kami berkongsi.
Kami pernah menjadi rakan sefakulti, ketika itu aku masih menjadi lelajar jururawat di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, manakala dia pula pelajar perubatan di fakulti yang sama.
Kami pernah menjadi rakan sebilik. Ketika itu aku sudah bertukar program ke Fakulti Sains dalam bidang biokimia. Dia antara insan yang banyak berkongsi rasa suka duka.
Tidak dinafikan. Arwah adalah orang yang cukup berbakat dalam bidang kesenian. Dia berbakat dalam tarian dan lakonan, pernah merangkul anugerah pelakon pembantu terbaik Karviter.
Semua itu telah jadi kenangan. Kenangan yang tidak akan luput dari ingatan. Kehilangan Zaman Ismail ibarat telah memadam sedikit keindahan warna warni dalam kehidupan aku.
Aku masih ingat, dialah antara insan yang tidak bersetuju aku bertukar program. Kata2 nasihat yang aku masih ingat, akan aku semat sampai bila2.
Iktibar untuk kita. Jita tidak tahu bila kita akan pulang ke sana. Entah esok, hari ini atau sebentar nanti. Jangan terlalu gopoh mengejar dunia, sedangkan bekalan akhirat kita keciciran. Jadi mari kita duduk bersama. Muhasabah diri balik. Adakah kita bersedia?
Thursday, 10 March 2016
Pemergian Allahyarham Zaman Satu Kehilangan
Firdaus
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment