Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Tuesday, 13 January 2015

Puisi tengah Jalan : Daus Jordan

Sakit..
Luka yang terjatuh..
Masih ada parutnya..

Sakit..
Aku jatuh lagi..
Parut lama ditambah luka baru..

Aku diam menahan sakit..
bukan bermakna aku mengalah..
bukan bermakna tidak sayang..
bukan bermakna aku benci..

Aku diam..
Kerana risau ada orang merisaukan..

Aduhai..

Kerana aku diam..
Banyak yang tersimpul makin terbelit..
Makin terbelit dan membelit-belit..
Mencengkam nafas..
menghimpit dada..
rasa lemas..

Terima kasih..
kepada sahabat yang ambil tahu..
kepada kawan yang ambil tahu..




Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →

1 comments:

  1. Yakinlah wahai hati yang tenang, walaupun perjalananmu jauh berliku dan berona sirna, aku yakin ada cahaya penyuluh di seberang pawana.

    Yakinlah wahai jiwa yang tenang, yang patah tumbuh yang hilang kan berganti, yang pedih itu luka, pasti akan sembuh sendiri. Lupakan yang lama, ayuh angkat kaki kita kejar pelangi yang nyata.

    Usah bermimpi lagi di tirai pelangi kerana kita bakal gengam realiti. InsyaAllah...

    Sahabat akan ambil tahu malah ambil berat terhadapmu...

    ReplyDelete