Subscribe For Free Updates!

We'll not spam mate! We promise.

Thursday, 10 March 2016

Pemergian Allahyarham Zaman Satu Kehilangan

"Kau nama apa?"

"Firdaus, panggil Daus je"

"hmmm.. kau dari mana? maksud aku lepasan mana? asasi, matrik or STPM?

"Aku dari matrik, Matrik Perak"

"Matrik perak? jadi kau kenal aizat lutfi??"

"of coz la kenal"


Itu lah bait2 dialog yang aku masih ingat dengan arwah Zaman Ismail. Dia menghempuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi aapendiks yang dihadapinya. Kenangan aku bersama arwah cukup banyak. Pahit manis kami berkongsi.


Kami pernah menjadi rakan sefakulti, ketika itu aku masih menjadi lelajar jururawat di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, manakala dia pula pelajar perubatan di fakulti yang sama.


Kami pernah menjadi rakan sebilik. Ketika itu aku sudah bertukar program ke Fakulti Sains dalam bidang biokimia. Dia antara insan yang banyak berkongsi rasa suka duka.


Tidak dinafikan. Arwah adalah orang yang cukup berbakat dalam bidang kesenian. Dia berbakat dalam tarian dan lakonan, pernah merangkul anugerah pelakon pembantu terbaik Karviter.


Semua itu telah jadi kenangan. Kenangan yang tidak akan luput dari ingatan. Kehilangan Zaman Ismail ibarat telah memadam sedikit keindahan warna warni dalam kehidupan aku.


Aku masih ingat, dialah antara insan yang tidak bersetuju aku bertukar program. Kata2 nasihat yang aku masih ingat, akan aku semat sampai bila2.


Iktibar untuk kita. Jita tidak tahu bila kita akan pulang ke sana. Entah esok, hari ini atau sebentar nanti. Jangan terlalu gopoh mengejar dunia, sedangkan bekalan akhirat kita keciciran. Jadi mari kita duduk bersama. Muhasabah diri balik. Adakah kita bersedia?


Pengalaman Menjawab Ujian Online Separa Perubatan SPA

Alhamdulillah. Tanggal 8/3/2016, aku selesai menjawab soalan atas talian SPA. Cuak? Nervous?. Of course I was. Da lama tak jawab exam online. last2 yang aku ingat masa nak ambil lesen kat My Eg.

Okay just straight to the point. Aku rasa dah melalut sangat ni. Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman aku jawab exam online separa perubatan ni. Okay aku ada sms dgn email dari SPA untuk menjemput aku jawab exam ni. Jemput kau. Hehe.

Soalan dia ada dua seksyen. Seksyen A dan Seksyen B. Masa kedua2 masa diperuntukkan sebanyak 40 minit. Sempat ke tidak bergantung kepada RAM otak masing2 dan persediaan.

Seksyen A adalah ujian penaksiran minat. Ujian penaksiran minat ni soalan dia agak senang dan jawapannya cuma 'YA' 'TIDAK PASTI' dan 'TIDAK'. Tu pun aku rasa cuak jugak sbb ujian minat ni walaupun nampak senang tapi penting weeiii.. Soalannya banyak la jugak dalam 192 soalan.

Seksyen B adalah ujian pengetahuan am. So kau orang semua ingat eh kena tahu serba sedikit pasai pengetahuan am pasai 1 Malaysia, agensi kerajaan, sains kesihatan. Korang boleh je goole (kalau sempat).

Pengalaman aku? Masa memang tak cukup! sebab seksyen B aku tak banyak buat persediaan. Main google je. Korang next time jangan jadi macam aku. Isnin ni, keputusan akan diumumkan semoga aku lulus.

korang yang banyak buat searching 'spa' ni. Moh le pay a visit blog teman. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman. Sharing is Caring. People Said.

Daus Jordan :)