mukadimah: Cerpen ini diilhamkan dari cerita sebenar. Cuma nama watak telah diubah supaya menjadi lebih dramatik. Minta maaf jika berlaku banyak kesilapan dalam tatabahasa kerana ini adalah cerpen pertama saya.
AKU
Hasil karya: dausjordan
“Pranggg!” bunyi gelas kaca pecah terjatuh dari meja. Tak
semena-mena jeritan kuat menembusi atmosfera dapur. Jeritan yang paling aku
takut, menggigil aku mengutip kepingan kaca yang berderai diatas meja. Apalah
nasib aku nanti selepas ini, apabila aku mendongak ke atas, ternampak sesusuk
tubuh yang paling aku takuti telah berada betul-betul dihadapan aku. Aku
menjadi semakin panik tanganku ligat mengutip saki baki kepingan kaca yang
berderai.
“Kau ni kan memang menyusahkan aku tau, sekarang kau
pecahkan barang-barang dalam rumah lepas ni apa pula kau nak rosakkan” tengking
wanita itu.
“Maaf ibu, Qilah tak sengaja. Tangan Qilah licin sebab baru
habis cuci pinggan mangkuk jadi tangan masih lagi bersabun” jelas aku yang sememangnya
semakin takut. Takut ibu tak dapat terima alasanku.
“Alasan! Sudah aku tak mahu dengar apa-apa lagi keluar dari mulut
kau! Sekarang kau kemas semua benda ini dan ingat malam ni kau jangan makan
langsung! Ini sebagai denda! Faham!”
“baik ibu” aku terus pergi mengambil penyapu dan penyodok
untuk membersihkan kepingan kaca tadi. Tanganku sedikit berdarah kerana aku
tidak berhati-hati ketika mengutip kepingan kaca.
Ibu. Itulah insan yang
melahirkan aku ke dunia ini. Aku sendiri bingung mengapa Ibu langsung tak
pernah menunjukkan kasih sayangnya kepada aku. Mengapa? Adakah disebabkan nama
aku berbintikan Abdullah? Ya, aku sedar
yang aku ini anak tak sah taraf, anak luar nikah tapi aku adalah antara janin
yang pernah menghuni rahim ibu. Aku mungkin tidak berpangkal Sharifah macam ibu
dan adik-beradik perempuan yang lain tapi ibu aku tetap anak ibu yang pernah
ibu kandungkan. Mungkin aku juga tidak pernah merasa air susu ibu kerana ibu
amat membenci aku sejak aku dilahirkan lagi. Mengapa ibu selalu pilih kasih
terhadap aku? Aku sedih ibu. Bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana aku masih
ada nenek yang masih menyayangi aku, Sharifah Aisyah Syed Husin. Tempat aku
menumpang kasih yang hilang.
******************************************************************************
“tahniah, puan Sharifah Hasnida. Puan telah mengandung tiga
bulan”
Ibu terkedu. Adakah ibu tersalah dengar berita dari doktor wanita itu. ibu menjadi tak keruan. Ini
rupanya jawapan setelah berminggu loya, muntah dan pening kepala. Tapi ibu tak senang dengan jawapan yang
diberikan.
“doktor mesti salah diagnos ni” ibu seolah-seolah cuba
mencabar kredibiliti doktor.
“memang betul puan hasil pemeriksaan yang telah kami
jalankan. Memang terbukti yang puan telah mengandung” jelas doktor tersebut.
“tolonglah saya doktor saya tak mahu anak ini. Doktor boleh
tolong sayakan? Boleh tak doktor tolong gugurkan kandungan ini. Saya sanggup
bayar berapa sahaja. Saya sanggup” rayu ibu.
“maaf puan, saya tak boleh lakukan perkara seperti ini. Ini telah
melanggar etika saya sebagai doktor. Harap puan faham. Apapun masalah yang puan
hadapi tolong selesaikan secara rasional. Jangan kita membuat satu dosa untuk
menutup dosa yang lain. Lagipula, kandungan puan telah mencecah tiga bulan dan
ini amat berbahaya dan berisiko”
Ibu melangkah keluar dari klinik. Ibu telah mencuba pelbagai
perkara untuk cuba gugurkan janin itu. tapi kuasa tuhan itu maha besar janin
itu tetap selamat dalam kandungan. Ibu telah mengambil keputusan untuk terus
membiarkan kandungan itu dilahirkan. Neneklah orang yang bertanggungjawab
menjaga ibu sepanjang tempoh mengandung
dan berpantang. Bagi nenek perkara telah berlaku, dia tidak mahu anaknya
melakukan perkara yang bodoh kerana ibu adalah satu-satunya anak yang dia ada
dan datuk telah meninggal dunia ketika ibu berumur 18 tahun.
Nenek sedar tentang kesilapan dia dalam membesarkan ibu. Ibu
terlalu diberi kebebasan yang melampau hingga satu peristiwa hitam telah
berlaku dalam garisan masa hidupnya. Ibu telah dirogol bergilir-gilir oleh
kawannya sendiri dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam. Sejak hari
itu, ibu menjadi murung dan kemurungan ibu bertambah apabila ibu disahkan
mengandung.
“Ida marilah susukan Qilah ni dia lapar” ujar nenek.
“sudahlah mak! Ida tak mahu susukan susukan dia. Benci Ida
tengok muka dia. Bila Ida tengok muka dia, ida pasti teringat muka-muka jahanam
tu!” jerit ibu separuh gila.
“sudahlah ida, lupakan
perkara yang lepas. Anak ni tak berdosa, dia dianugerahkan oleh tuhan untuk
kita dan menjadi tanggungjawab untuk menjaga mereka. Sudahlah Ida jangan
diikutkan perasaan sangat. Satu lagi ibu nak beritahu lepas kamu berpantang nanti rombongan Megat Hashim nak datang
meminang, harap kamu dapat buat keputusan yang betul. Hashim tu memang suka
dengan kamu dari dulu lagi walaupun dia tahu yang kamu ini telah ternoda tapi
dia masih ingin memperisterikan kamu. Kamu fikir tu”
Ibu hanya terdiam memikir
kata-kata nenek mungkin juga dalam fikiran ibu bermain seribu satu masalah.
******************************************************************************
“Qilah! Cepatlah bawak nasi tu ke mari. Kami semua dah
lapar” tengking ibu dari meja makan.
Aku terus membawa nasi dan melayan mereka tiga beranak. Aku
persis orang gaji. Jika dulu aku ada pak cik Megat Hasyim yang ku panggil ayah yang
sangat baik. Walaupun dia tahu yang aku
ini adalah anak luar nikah, anak tanpa ayah tapi dia tetap menyayangi ku
seperti anak-anak yang lain. Dia seperti nenek memang berhati mulia. Dia selalu
melindungi aku kalau aku dimarahi oleh ibu atau adik beradik yang lain. Bagaimanapun,
seperti kata orang-orang tua jangan disangka panas sampai ke petang, mungkin hujan di tengah
hari. Ayah telah bercerai dengan ibuku kerana ayah telah difitnah apabila dikatakan dia mempunyai
hubungan sulit denganku. Semua ini
adalah hasil hasutan rakan-rakan ibuku yang tidak senang melihat keharmonian
rumahtangga mereka. Mereka mengambil peluang untuk memporak peranda kan
rumahtangga ibu dan Ayah. Ibu dan ayah telah bercerai atas kehendak ibuku
sendiri, bertambah bencilah ibuku terhadap aku. Kini Ayah telah berkahwin lain,
khabarnya telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
“kau masak apa ni? Qilah masam nya!” adik perempuan aku yang
bernama, Sharifah Qalesya mula menunjukkan perangainya sambil tu tanganya menolak pinggannya ke tengah meja. Dia memang tidak
suka aku kerana dia cemburu apabila aku selalu dimanjakan oleh
Ayah.
“Entah kau ni nak bagi kitorang sakitkah?” satu-satunya anak
lelaki dalam keluarga ini, Megat Badrul pun mula bersuara. Seperti kakaknya ,
Badrul pun mempunyai pandangn yang sama
terhadap aku.
“kau ni kan memang sengaja nak menyusahkan aku, siang tadi
kau pecahkan barang sekarang kau masak benda jadah macam ni. Kau ingat kami nak
makan” ibu terus bangun dan memulas telingaku. Aku hanya menahan kesakitan.
“ibu.. tolong ibu.. sakit” aku merayu untuk dilepaskan.
“dah kau kemaskan semua ni. Aku dan anak-anak aku nak makan
di luar. Kau pula jangan sesekali nak curi makan. Ingat amaran aku petang tdi!”
“ingat ibu”
Setelah aku mengemas semua barang. Aku terus masuk ke dalam
bilik. Aku menangis sepuasnya, aku menangisi segala kejadian yang menimpa aku.
Aku berasakan bahawa diri aku telah ditimpa ujian yang cukup berat. Bagaimana
aku terpaksa menagih kasih sayang dari seorang ibu. Aku dibenci oleh
adik-adikku. Aku difitnah oleh orang sekeliling. Sungguh berat penderitaanku.
Sungguh aku pelik, semakin maju manusia nilai kemanusiaan itu semakin terhakis.
Keesokannya seperti
biasa, aku menjalankan rutin aku. Membasuh baju. Mencuci pinggan mangkuk.
Memasak.
Ibu pulang awal tidak seperti biasa. Selalunya ibu pulang
lewat petang. Ibu menghampiri aku.
“Qilah esok kau tak perlu buat kerja macam biasa, aku nak
kau pakai cantik-cantik. Esok ada orang nak jumpa kau”
Aku terpinga-pinga. Tak pernah ibu berbicara seperti ini
kepadaku. Aku menjadi hairan. Siapa pula yang ingin berjumpa dengan aku?
“siapa pula yang nak jumpa Qilah?”
“eh kau ni banyak soal pula. Bakal suami kau la! Adik kepada
tuan punya syarikat aku. Adik dia berkenan dengan kau sebab ternampak kau
tempoh hari. Kau jangan nak buat hal pulak. Setuju sahaja apa juga keputusan
esok”
“Qilah tak nak kahwin. Qilah nak belajar dulu. Qilah ada
impian Qilah sendiri. Qilah nak sambung belajar macam orang lain. keputusan SPM
qilah dah cukup layak untuk qilah sambung ke universiti” aku merayu kepada ibu
sambil melutut kepadanya. Aku berharap ibu mengubah fikiran dengan tidak
mengahwinkan aku dengan adik pemilik syarikatnya.
Muka ibu berubah sedikit. Aku tahu ibu takkan terima apa jua
alasan yang diberikan oleh aku. ibu terus menepis tanganku dari menyentuhnya.
Tangannya dengan kasar merentap rambutku. Sakitnya tidak kepalang.
“hei! Kau dengar sini, anak tak kenang budi. Penat-penat aku
lahirkan kau. Ini balasan kau pada aku?! Kau nak belajar? Belajar apa? Siapa
yang nak tanggung pengajian kau? Jangan haraplah aku nak tanggung. Lagi satu
kau dengar sini, aku ni nak menyenangkan hidup kau. Sah-sahlah kau tak perlu belajar
penat-penat nak jadi kaya. Kau kahwin terus dengan adik tuan punya syarikat aku
tu. Kau senang aku pun boleh tumpang senang. Tak begitu Aqilah binti Abdullah!
Sekarang aku nak pergi bersiap ada makan malam dekat luar. Kau tak payah masak
malam ni” ibu terus menaiki tangga balik ke bilik.
Ya, tuhanku. Apakah dosa aku sehinnga aku terpaksa
menanggung berat ujian sedemikian rupa. Adakah aku cukup berdosa di sisimu, Ya,
tuhanku? Aku tak pernah meminta lebih. Aku tak pernah meminta kemewahan, nama
atau harta. Aku cuma ingin kasih sayang seorang ibu yang semakin kemarau
terhadap ku.
Hari ini adalah hari aku bergelar seorang isteri. Walaupun
hatiku tidak rela tetapi atas desakan ibu aku turutkan jua. Bagaimanapun, aku
telah mengambil keputusan untuk membawa diri. Aku dan suami telah berpindah jauh dari Malaysia. Aku tidak
berhubung dengan sesiapa lagi di Malaysia kecuali Nenekku. Kata-kata terakhir
ibuku masih ternging-ngiang apabila saat aku ingin keluar dari rumah dan
memulakan hidup baru.
“pergilah kau dari rumah ni! Ada dalam rumah ni pun
menyusahkan aku, lepas ni kau jangan balik ke sini! Jenazah aku pun kau jangan
tengok! Kau memang tak layak nak digelar keturunan Syed Husin, anak Syarifah
Hasnida Syed Mansor! Dasar anak haram! Geli aku mengandungkan kau!”penghinaan
itu dilemparkan oleh ibu dihadapan
suamiku dan nenek. Nenek hanya menangis kerana tak mampu berbuat apa-apa kerana
dia telah masak dengan perangai anak perempuan tunggalnya.
Sudah 5 tahun, aku
berada di perantauan bersama keluarga baru aku. Kami telah dikurniakan 3
orang cahaya mata yang comel lagi
pintar. Mereka selalu bertanyakan sama ada aku mereka mempunyai nenek atau tidak.
Selalunya aku mengubah topic dan suami
aku faham dengan situasi aku. Aku dan dia bersama-sama menyimpan erat rahsia
apa yang terjadi pada diriku. Walaupun aku kini hanya suri rumah sepenuh masa
tetapi aku bahagia, kebahagiaan itu tidak kekal lama, apabila satu hari aku
mendapat panggilan.
“Assalamualaikum, Qilah ke yang bercakap?”
“ya saya Qilah, ni nenek kan?”
“betul tu. Qilah sihat tak berada di negeri orang?”
“sihat. Kenapa nenek telefon ada sesuatu terjadi ke dekat
rumah?”
“nenek nak beritahu yang adik-beradik kamu meninggal akibat
kemalangan malam semalam. Ibu kamu pula koma di hospital akibat strok. Sekarang
berada di wad kecemasan. Nenek harap kamu dapat pulang. Qilah lupakanlah cerita
lama, ibu kamu pun dah insaf dengan kesilapan dia. Untuk pengetahuan kamu, ibu
kamu terkena tekanan strok setelah 2 tahun pemergian kamu ke luar negara. Nenek
yang menjaga ibu kamu selama dia sakit. Mulut dia tak henti-henti menyebut nama
kamu. Qalesya dan Badrul langsung tak hiraukan ibu kamu. Mereka tahu seronok
sahaja. Sekarang mereka bertiga telah mendapat balasan atas apa yang mereka
kerjakan. Harap kamu maafkan mereka dan pulang melihat melihat ibu kamu mungkin
untuk kali yang terakhir” pujuk nenek
Aku terkedu dengan perjelasan nnenek tadi. Ganggang telefon hampir terlepas dari dakapan telinga, tapi aku cuba kuatkan semangat. Aku tidak boleh mengalah dengan perasaan.
“Innalillah…nenek. Bukan Qilah tak mahu balik nenek. Tapi
memikirkan atas apa yang dia lakukan ke atas qilah, Qilah berasa trauma dengan
apa yang tejadi. Lidah ni menggigil nak gelar dia ibu balik. Biar Qilah fikir
masak-masak dulu”
“baiklah. Kalau boleh jangan buat keputusan yang merugikan
diri sendiri.”
Perbualan telefon dimatikan. Aku berdiri dianjung sambil
menikmati keindahan bukit bukau yang tersergam indah. Kadang-kadang aku
terfikir mengapa aku tidak dijadikan burung . Aku boleh terbang sesuka hati
tanpa risau akan masalah. Malam itu aku bersolat istigharah untuk meminta
pentunjuk. Malam itu juga aku meletakkan
diri aku serendah-rendahnya. Esakkan aku mengiringi doa yang dibacakan. Aku
meminta segala perkara dipermudahkan dan jangan disempitkan lagi.
Kaki aku kini telah menjejak kembali bumi bertuah Malaysia
yang pernah menjadi saksi rentetan peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Peristiwa
yang pernah menyebabkan seluruh hidupku
hanya dirundung malang sehingga aku pernah menyalahkan tuhan atas semua
yang terjadi. Tapi kini aku telah berubah, kembalinya aku ke Malaysia bukan
seperti aku 5 tahun dahulu. aku yang kini lebih bersemangat. Aku datang ke
Malaysia untuk melihat wajah ibuku dan melawat kubur adik-adiku. Maaf kakak tak
sempat memberikan penghormatan yang terakhir. Walau apapun kakak telah maafkan
semua perbuatan adik dan ibu juga. Daripada lapangan terbang terus aku dan
keluarga pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Sebaik sahaja tiba di hospital terus
aku pergi mendapatkan jururawat yang sedang bertugas dikaunter.
“nurse tumpang
tanya dimanakah bilik Puan Syarifah Hasnida? saya waris dia” aku bertanyakan
kepada jururawat yang sedang bertugas.
“bilik Puan Hasnida bernombor D43. Tapi saya sarankan tuan
dan puan jangan mengganggu pesakit sangat kerana keadaan dia amat lemah” ujar
jururawat tersebut.
Aku, suami dan
anak-anak terus bergegas ke blik yang
dikatakan. Sebaik sahaja aku melangkah masuk. Aku melihat sekujur tubuh yang
dulu sihat kini semakin kurus. Kulitnya semakin kusam. Uban kini mewarnai
rambutnya. Air mataku terus berlinang. Tak dapat ku ungkapkan. Betapa uzurnya
keadaan ibuku. Tidak jauh dari situ, nenek sedang duduk dan dia baru tersedar
kehadiran kami satu keluarga. Nenek mendapatkan ku.
“Qilah pergilah kepada ibu kamu. Masa dia telah hampir tiba.
Dia sedang menunggu kamu” pujuk nenek.
Aku masih tidak berganjak. Anak-anak aku pula tidak berhenti
bertanya siapa orang yang sedang terbaring diatas katil tu. Orang yang seluruh
badannya berselirat dengan wayar dan tiub. Suamiku meletakkan tangannya ke atas
bahu seperti sedang memujuk. Aku memandang wajah nenek, anak-anak dan suamiku.
Hanya mereka yang memberikan kekuatan.
Aku menghampiri katil ibuku. Perlahan-lahan aku usap
kepalanya. Aku ambil tangannya dan aku genggam erat tangan ibuku. Walaupun tangan itu telah banyak mengasari suatu ketika dulu tapi aku aku berasa suatu kelainan. Aku boleh melupakan segala kekejaman yang telah ibu lakukan kepada aku tatkala aku menyentuh tangannya. Diriku seperti dilahirkan semula kerana aku baru sahaja berasa sentuhan seorang ibu. Secara
automatiknya airmata aku terus berlinangan. Aku bisik ke telingannya.
“Ibu Qilah balik ni lawat Ibu. Ibu suka tak” namun tiada
respon yang aku dapat. Hanya mesin ECG sahaja yang terus berbunyi. Aku terus
menangis, menangis seperti budak kecil. Aku mengajar ibuku mengucap dua kalimah
syahadah, aku bisikkan kalimah suci di telingannya dengan harapan dia dia
dengar apa yang cuba aku sampaikan.
“Ergggghhhhhh….” Ibuku mendegus kesakitan dan badannya
bengkok ke atas seperti sedang direntap. Aku menjadi panik, terus aku menyuruh
suamiku memanggil doktor dan jururawat datang dengan segera. Nenek pula sedang menenangkan ibu yang kini sedang
bertarung dihujung nyawa.
“pergilah anakku.. mak redha pemergianmu.. pergilah dengan
aman mak halalkan susu yang mak berikan kepada kamu” kata nenek sambil
mengusap-ngusap kepala ibu.
“ibu pergilah dengan aman. Qilah maafkan segala kesalahan
ibu terhadap qilah. Maafkan qilah sebab pergi menghilangkan diri sekian lama
dan Qilah nak minta ibu halalkan segala makan minum Qilah yang ibu tanggung
selama ini. Qilah tak nak jadi anak derhaka. Walaupun sejahat mana pun ibu
terhadap Qilah, sayang Qilah terhadap ibu tetap takkan pudar” ujar aku pula.
Kata-kataku tersekat-sekat kerana sedang
menangis.
Tidak lama kemudian doktor dan jururawat pun datang. Mereka
menjalankan tugas mereka. Namun, kuasa tuhan tiada siapa dapat menidakkannya.
Ibu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Rupanya Ibu sedang menungguku
sebelum dia dijemput pulang. Aku lihat wajah nenek redha akan pemergian
anaknya. Namun sudah semestinya hatinya sedih kerana kehilangan satu-satunya
anaknya.
Dua tahun telah berlalu. Nenek telah kembali ke Rahmatullah
setahun selepas pemergian ibu kerana tergelincir di dalam bilik air dan
tengkorak kepalanya terhentak dengan kuat diatas simen. Aku bersyukur kepada
Tuhan walaupun dia telah mengambil orang-orang yang aku sayang, Dia tetap tidak melupakan aku kerana telah menganugerahkan
keluarga yang aku impikan selama ini. Suami dan anak-anak. Aku berharap aku dapat
melihat anak-anakk membesar di depan
mata dan suami. Aku akan cuba menjadi seorang ibu dan isteri yang solehah dan contoh
terbaik kepada anak-anak. Mungkin inilah hadiah selepas pelbagai rintangan yang
aku hadapi selama ini. Inilah hadiah yang aku inginkan, kebahagiaan.